Semalam - saya ada temujanji di Taman Berlian Biru, Kluang untuk membuat presentation kepada seorang prospek yang ingin mengetahui kelebihan insurans Allianz untuk keluarganya. Tanpa di duga prospek saya telah menjemput juga agen syarikat lain untuk bersama-sama terlibat dalam sesi perjumpaan pagi itu.
Agak terkejut juga dengan situasi yang tidak dijangka itu dengan berhadapan dengan 2 orang agen PQRS yang hadir. Sesi berbicara berlangsung secara santai hampir 2 jam. Saya hanya menerangkan kebaikan produk Powerlink yang dibawakan oleh Allianz secara profesional. Banyak juga isu yang ditimbulkan oleh agen tersebut antaranya:
1. Isu pertama adalah isu Ko-insurans sekiranya naiktaraf had kelayakan bilik. (Saya dah agak isu ini akan timbul). Agen tersebut menyatakan harga bilik tiada yang bawah RM100 dan yang paling rendah RM105 di KPJ Johor Specialist (Sebenarnya termurah di KPJ adalah RM65.00 -6 katil tiada penghawa dingin). Klik sini untuk rujukan harga bilik di KPJ Johor Specialist. Saya memberitahu bahawa pelanggan juga punya banyak pilihan hospital untuk mendapatkan rawatan. Caj Kad perubatan dari Allianz sebenarnya murah dan ramai tidak mengetahuinya.
- Cth: Lelaki umur 30thn, tidak merokok, Kelas 1, Bulanan RM150
- Kematian: RM80K
- Penyakit Kritikal: RM30K
- Kemalangan: RM40K
- KAD PERUBATAN: RM1,000,000 perlife/RM100,000 per annum/R&B RM300
- Waive if diagnos 36 CI.
2. Isu kedua dibangkitkan - kad perubatan Allianz didakwa menggunakan khidmat orang ketiga (third party).
--> Itu sebab ada pepatah "Tak kenal maka tak cinta". Bagi saya, agen tersebut tidak mempunyai pengetahuan yang sepenuhnya tentang Allianz. Kad Perubatan (Medical Card) Allianz adalah kad in-house iaitu dikeluarkan oleh Allianz Life Insurance Malaysia sendiri. Asia Assistance - merupakan syarikat yang dilantik hanya untuk menguruskan urusan keluar masuk hospital 24 jam. Allianz tidak menggunakan kad perubatan daripada Asia Assistance.
3. Isu ketiga dibangkitkan adalah Isu implan. Allianz didakwa tidak membayar kos rawatan yang melibatkan implan & transplan.
--> Allianz akan menanggung segala kos rawatan seperti dicaj dan dibilkan (melainkan kos-kos yang tidak ditanggung spt telefon, pendaftaran dll) selagi ianya munasabah. Kenalan saya kemalangan dan kakinya dimasukkan besi. Allianz bayar, bilnya seperti di link testimoni.
Sememangnya perbincangan pada pagi itu amat menarik dan penuh pengisian. Kami bertukar pendapat dan memberikan segala input terbaik kepada pelanggan. Insurans adalah sesuatu yang penting, kesan dari keputusan yang dibuat adalah besar.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah - akhirnya prospek tersebut dan keluarganya berminat dengan Allianz.
Ini bukan soal kalah atau menang. Ini adalah kemenangan untuk semua - hari dimana masyarakat kian faham kepentingan insurans untuk sebuah kehidupan.
Berikut jadual ringkas perbandingan berkaitan presentation semalam untuk bayaran bulanan RM200.00
Terima kasih kepada En. Hisyamuddin, Pn. Zureen, Cik Ainin Atrah (Baby) dan adik Wafa di Taman Berlian Biru, Kluang. Hanya Allah yang akan membalas kebaikan kalian. Amin.
Yang benar,

0 celoteh:
Post a Comment